Radhia duduk di bawah pokok rambutan yang rendang kerana keletihan menolong datuknya di dusun.Dia terlihat buah labu yang sungguh besar membesar di atas tanah.Manakala rambutan pula membesar di atas pokok.'Sepatutnya buah labu itu membesar di atas pokok dan rambutan itu di tanah.Buah labu itu lebih berkuasa daripada buah rambutan itu.'kata Radhia dalam hatinya.Sedang dia bersantai di bawah pokok rambutan itu,tiba tiba sebiji buah rambutan jatuh ke atas kepalanya.Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.'Kalau yang jatuh itu tadi ialah buah labu, pasti aku sudah hampir pengsan.Nasib baik ianya cuma buah rambutan'.
Pengajaran:Setiap perkara pasti ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment